Puasa 6 Syawal
Alhamdulillah, selepas kita habiskan puasa ramadhan dengan penuh
keinsafan, adalah penting untuk kita kekalkan momentumnya. Baik dari
segi solat, zikir, membaca Al-Quran atau berpuasa pada siangnya.
Ramadhan mengajar kita menginsafi ibadah puasa, sebagai ketetapan orang-orang bertaqwa sejak zaman berzaman. Adalah penting untuk kita lazimkan ibadah berpuasa, agar kita berterusan dalam hal berpuasa itu sepanjang 11 bupan berikutnya, sehingga kita bertemu ramadhan akan datang atau sekurang-kurangnya mengganti puasa kita sekiranya kita sudah tidak bertemu ramadhan lagi pada tahun hadapan.
Satu hadith dari Abu Ayub al-Ansari r.a yang mana Nabi s.a.w bersabda yang menganjurkan puasa pada 6 syawal untuk melengkapkan puasa setahun. Ramai antara kita yang melakukan ibadah ini dalam pelbagai cara. Ada yang berterusan sejak hari kedua syawal hingga ke tujuh atau ada yang terputus-putus dalam mana-mana hari bulan syawal. Hadith ini bermartabat sahih dalam sesetengah riwayat. Jadi ia selamat untuk dilaksanakan sebagai satu ibadah sunat.
Namun
begitu, terdapat mazahab yang tidak menyarankan puasa enam tersebut
dalam wajah puasa enam syawal seperti mazhab maliki yang memakruhkannya.
Menurut imam Maliki, tidak terdapat pelaksanaan puasa seperti ini
(puasa 6) di kalangan salaf atau lebih mudah difahami ahli madinah. Imam
Maliki gusar akan terjadi kebid’ahan kepada ibadah tersebut yang
disamakan kewajipannya seperti ibadah puasa ramadhan. Begitu juga
padangan tentang mauqufnya hadith tersebut sebagai kefahaman kepada
ganjaran puasa ramadhan dan dicukupkan dengan syawal.
Dalam hal ini, saya berpandangan Imam muktabar ini sangat halus pengambilan hukum dan perlu diingat, pengibadahan kita bukan disebabkan ganjaran yang dijanjikan, tetapi adalah untuk mencari redha Allah atas kefahaman beragama. Para fuqaha sangat berhati-hati padanya sebelum mengatakan sesuatu sebagai ibadah sunat.
Mengatakan puasa enam itu menyempurnakan puasa ramadhan adalah menyeleweng dan salah kerana puasa Ramadhan itu sempurna selama sebulannya. Menganggap puasa enam itu wajib sehingga memandang serong dan rendah kepada mereka yang meninggalkan berpuasa enam adalah salah dan bid’ah. Menjadikan puasa enam sebagai alat ujub yang tersembunyi juga adalah salah.
Tetapi carilah keredhaan Allah pada puasa tersebut dengan berpuasa dengan penuh kefahaman dan yang lebih penting untuk mengekalkan momentum ramadhan dengan mengekalkan zikir dan volume bacaan al-Quran. Kita perlu ingat bahawa puasa adalah ibadah yang diganjari terus oleh Allah s.w.t. Jadi, seeloknya kita berpuasa bersama Nya sahaja dan menjadikan puasa salah satu asbab kedekatan kita padanya. Berlapang dada dalam beribadah dan beribadahlah dengan ilmu.
Wallau a’lam.
Amir Hamzah. Kemaman, Terengganu.